Friday, March 23, 2012

Hiburan Melampau

          JANGAN  biarkan masa lapang dirasuk wabak hedonisme yang sedang menggila dan merata pada masa kini, Program berseronok yang datang satu lepas satu, tidak akan membawa kita ke mana-mana. Hati akan terus kosong walaupun telah diisi dengan pelbagai lagu dan aksi. Itulah jerat fantasi yang bakal menghantar remaja ke alam frustrasi dan ilusi.Nikmati hiburan seadanya. Patuhilah lunas-lunas agama --percayalah tidak ada ketenangan dengan melupakan tuhan. Jika seseorang itu ingat akhirat, maka dunianya akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang baik dan bermanafaat. Ia akan aktif, produktif dan inovatif. Masa remajanya akan disebukkan dengan aktiviti mencari ilmu, menguatkan iman dan meningkatkan amal.

Thursday, March 22, 2012

Hendaklah cinta kita itu didasarkan cinta allah.

      ERTINYA, Cinta yang kita berikan kepadanya semata mata kerana mengharapkan Allah, Allah memberikan kita fitrah itu lalu kita niat dan gunakan rasa fitrah itu untuk menghampirkan diri kepadanya, Cintailah sesiapa pun jua tetapi pastikan cinta itu lebih memudahkan kita mecintai Allah, Tegasnya, Cinta antara lelaki dan perempuan mestilah di niatkan untuk Allah.
      "Kami bercinta kerana Allah," begitu yang selalu kita dengar, Tapi bagaimana ya? Bagai mana bercinta kerana Allah? Ya, iringilah dengan niat untuk bernikah secara sah, kerana pernikahan itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya,
   Sabda Rasulullah SAW:
"Apa bila seseorang itu berkahwin, maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya."
  Oleh itu usahalah bercinta dengan niat sekadar untuk bersuka suka, Tidak serius, Jika tidak jangan bercinta dahulu,
 Tangguhkan, katakan pada diri"Aku hanya tertarik atau minat,
Simpan dan pendam perasaan itu dalam jiwa sedalam dalamnya, jangan sekali2 diluahkan hanya untuk mengundang reaksi, Tapi jika orang disebelah sana serius, bagaimana ya? Jawabnya mudah, jangan bercinta kerana kasihan, jika kita bercinta kerana kasihan, kita akan merosakkan diri kita sediri dan diri orang yang kita kasihankan (Cintai?) itu. Ya, amat besar perbezaannya antara cinta dengan kasihan, kita boleh kasihankan orang yang kita cinta, tetapi kita tidak boleh cinta orang yang kita kasih -kasihankan.
     Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang JAHAT dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan, saja suka2, manalah tahu kalau-kalau nanti diperlukan,jika tidak ada niat untuk bernikah  , hanya saja2 . pasti cinta itu bukan kerana Allah, Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemunashan pada sebelah pihak atau kedua2nya, Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet, cinta anak anjing (puppy love), Cinta kilat dan sebagainya.