Friday, March 23, 2012

Hiburan Melampau

          JANGAN  biarkan masa lapang dirasuk wabak hedonisme yang sedang menggila dan merata pada masa kini, Program berseronok yang datang satu lepas satu, tidak akan membawa kita ke mana-mana. Hati akan terus kosong walaupun telah diisi dengan pelbagai lagu dan aksi. Itulah jerat fantasi yang bakal menghantar remaja ke alam frustrasi dan ilusi.Nikmati hiburan seadanya. Patuhilah lunas-lunas agama --percayalah tidak ada ketenangan dengan melupakan tuhan. Jika seseorang itu ingat akhirat, maka dunianya akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang baik dan bermanafaat. Ia akan aktif, produktif dan inovatif. Masa remajanya akan disebukkan dengan aktiviti mencari ilmu, menguatkan iman dan meningkatkan amal.